Assalamualaikum w.b.t

Salam aidiladha diucapkan kepada followers & pengunjung UBK Intan.


Doa ketika masuk dewan peperiksaan

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?
Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.
01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]
Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.
02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati
"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]
Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.
Buta pada masa kecilnya. Keliling dunia mencari ilmu. Menghafal ratusan ribu hadis. Karyanya menjadi rujukan utama setelah al-Qur'an.
Lahir di Bukhara pada bulan Syawal tahun 194 H. Dipanggil dengan Abu Abdillah. Nama lengkap beliau Muhammmad bin Ismail bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhari al-Ju'fi.
Beliau digelari al-Imam al-Hafizh, dan lebih dikenal dengan sebutan al-Imam al-Bukhari. Buyut beliau, al-Mughirah, semula beragama Majusi (Zoroaster), kemudian masuk Islam lewat perantaraan gabenor Bukhara yang bernama al-Yaman al-Ju'fi.
Sedang ayah beliau, Ismail bin al-Mughirah, seorang tokoh yang tekun dan ulet dalam menuntut ilmu, sempat mendengar ketenaran al-Imam Malik bin Anas dalam bidang keilmuan, pernah berjumpa dengan Hammad bin Zaid, dan pernah berjabatan tangan dengan Abdullah bin al-Mubarak.
Sewaktu kecil al-Imam al-Bukhari buta kedua matanya. Pada suatu malam ibu beliau bermimpi melihat Nabi Ibrahim al-Khalil 'Alaihissalaam yang mengatakan, "Hai Fulanah (yang beliau maksud adalah ibu al-Imam al-Bukhari, pent), sesungguhnya Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putramu kerana seringnya engkau berdoa."
Ternyata pada pagi harinya sang ibu menyaksikan bahwa Allah telah mengembalikan penglihatan kedua mata putranya.
Ketika masih remaja lagi, Yvonne Ridley bercita-cita untuk melaporkan berita secara professional.
Dorongan itu bermula ketika berumur 14 tahun apabila surat yang dihantar beliau kepada Evening Chronicle, di Newcastle telah disiarkan.
Sejak dari itu beliau bertekad untuk menjadi wartawan.
Ketika berumur 16 tahun, beliau telah menulis kepada semua syarikat akhbar di United Kingdom dan seterusnya mengambil jurusan kewartawanan di Kolej Percetakan London.
Ilmu yang diperoleh itu dimanfaatkan sebaiknya.
Beliau pernah bekerja dengan Sunday Times, Independent on Sunday, The Observer, The Mirror dan News Of The World serta menjadi timbalan editor Wales on Sunday sebelum tugasannya bersama Sunday Express, tabloid yang menghantar beliau ke Afghanistan untuk satu tugasan penting selepas peristiwa 11 September 2001.